Soalan Lazim

Program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia

Skim Rumah Mampu Milik (RMM)

Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai

Pendaftaran Sebagai Panel SPNB



1.1 Apa itu e-respon?

e-respon merupakan satu pendekatan baru dalam komunikasi bagi tujuan memperbaiki mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh SPNB kepada para pengguna. Para pengguna boleh membuat sebarang aduan yang hendak dikemukakan berkaitan produk dan perkhidmatan SPNB dan boleh menyemak status aduan tersebut melalui perkhidmatan e-respon ini.

1.2 Apa yang boleh saya adu kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad?

Segala yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh SPNB.

1.3 Bagaimana untuk saya membuat aduan?

Layari laman sesawang rasmi SPNB www.spnb.com.my dan click / tekan pada pautan e-respon bagi membuat aduan.

1.4 Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?

Perlu mendapat persetujuan daripada si pengadu terlebih dahulu dan memaklumkan segala butiran penting (si pengadu) bagi memudahkan pihak SPNB menghubungi si pengadu.

1.5 Bolehkah aduan saya diproses tanpa memberi butiran penting yang diminta?

Setiap pengadu perlu memberi butiran penting yang diminta bagi memudahkan pihak SPNB menyelesaikan setiap aduan yang diterima.

1.6 Berapa lama aduan saya dapat diproses?

Setiap aduan yang diterima akan diberi perhatian dalam jangka masa 24 jam dan siasatan terhadap aduan tersebut adalah selama 14 hari pada tarikh aduan tersebut diterima. Bagaimana pun aduan yang melibatkan kerjasama pihak ketiga (pihak berkuasa tempatan) yang lazimnya berkaitan isu-isu teknikal akan mengambil masa lebih dari 14 hari, oleh yang demikian pihak SPNB akan memaklumkan status aduan tersebut dari masa ke semasa. Pengguna boleh menyemak aduan mereka di talian 1-300-80-3838, atau email aduan@spnb.com.my dan juga melalui memasukkan nombor tiket aduan melalui pautan e-respon.spnbonline.com.my

1.7 Bagaimana untuk saya menyemak status aduan tersebut?

Pengadu boleh menyemak status aduan dalam jangka masa yang ditetapkan dari masa ke semasa.


Program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia

2.1 Apakah program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) ?

Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) adalah satu program yang diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga yang kurang berkemampuan serta tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

2.2 Apakah syarat-syarat kelayakan memohon RMR1M?

2.3 Bagaimana untuk memohon RMR1M?

Melalui sistem permohonan online yang hanya boleh diakses oleh wakil rakyat di daerah masing-masing. Bagi yang berminat, mereka perlu menemui wakil rakyat mereka untuk memohon.

2.4 Apakah ciri-ciri menarik RMR1M?

2.5 Apakah perbezaan di antara Program Rumah Mesra Rakyat Konvensional dan juga Program RMR1M?

PROGRAM RMR KONVENSIONALPROGRAM RMR1M (IBS & KONVENSIONAL)
TAHUN 2002 - 2011TAHUN 2012TAHUN 2013
Kaedah PembiayaanSPNB memberi pinjaman kepada pemohon melalui dana yang diterima daripada kerajaanSPNB memberi pinjaman kepada pemohon melalui dana yang diterima daripada kerajaan dan pinjaman daripada bank (term loan)Pemohon membuat pinjaman daripada bank panel (25 tahun) , Bank Islam, Maybank, bank Rakyat (berkelompok sahaja) & Ambank
Bayaran Balik Oleh Pemohon2/3 jumlah pinjaman
2002 - 2006 (RM100)
2007 ĘC 2011 (RM150)
RM45,000

RM150 (sebulan)
RM45,000 - RM55,000
Minimum RM267
* tertakluk kepada bank
Subsidi Kadar FaedahTiada5.5% (127/sebulan) kepada bank yang memberi pinjaman kepada SPNB (berdasarkan kaedah faedah BSN)2% daripada kadar faedah keseluruhan kepada bank yang memberi pinjaman kepada pemohon
Ciri-Ciri Rumah3 bilik 2 bilik air
Keluasan : 700 - 866 kps
3 bilik 2 bilik air

Keluasan : 1,000 kps (IBS, Hybrid - Semenanjung)

866 kps (Konvensional - Sabah, Sarawak & Pulau-Pulau)
Ciri-Ciri PembinaanKonsep pembinaan secara KonvensionalKonsep pembinaan secara IBS dan Konvensional
Kos PembangunanSemenanjung
RM55,000 ĘC RM76,000
Semenanjung IBS RM65,000 Konvensional RM70,000

Sabah & Sarawak RM70,000 - RM80,000 (mengikut lokasi)


Skim Rumah Mampu Milik (RMM)

3.1 Apakah Skim Rumah Mampu Milik?

Program Rumah mampu Milik (RMM) adalah rumah kediaman 3 bilik tidur dan dilengkapi kemudahan 2 bilik air berkonsep mesra keluarga dan selesa sama ada jenis rumah kos rendah, kos sederhana rendah dan kos sederhana.

3.2 Di manakah terdapat projek pembangunan Rumah Mampu Milik ini?

Pembangunan projek Rumah Mampu Milik (RMM) SPNB terdapat diseluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Bagi yang berminat boleh layari laman sesawang http://www.spnb.com.my dari masa ke semasa untuk mengetahui lebih lanjut tentang projek-projek terbaru dan yang telah dilancarkan.

3.3 Bagaimana untuk memohon Rumah Mampu Milik?

Rumah-rumah di bawah Skim RMM adalah terbuka kepada semua kecuali bagi Rumah Kos Rendah dan bagi mana-mana pembelian rumah yang tertakluk kepada syarat-syarat Kerajaan Negeri.

Untuk memiliki / membeli Rumah Mampu Milik ĘC Kos Rendah, pembeli haruslah berdaftar dengan Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Perumahan Kos Rendah) atau datang terus ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri atau Pejabat Daerah yang berdekatan.

Untuk memiliki / membeli Rumah Mampu Milik - Kos Sederhana Rendah, terdapat beberapa buah negeri yang menentukan syarat-syarat tertentu untuk memilikinya.

Manakala, lain-lain jenis rumah, rumah kedai atau kedai boleh dibeli terus melalui SPNB.

3.4 Apakah syarat-syarat untuk mendaftar sebagai pemohon Rumah Mampu Milik Kos Rendah dengan SUK?

Syarat untuk mendaftar sebagai pembeli Rumah Mampu Milik - Kos Rendah yang dimajukan oleh SPNB adalah tertakluk kepada SUK negeri masing-masing. Sila rujuk ke SUK negeri di mana projek itu dimajukan.

SPNB menggunapakai kelayakan yang disyaratkan oleh Kerajaan Negeri dan menggariskan tiga (3) syarat penting yang harus dipenuhi oleh para pembeli Rumah Kos Rendah iaitu:


4.1 Apakah latar belakang Pemulihan Projek Terbengkalai yang dibaik pulih oleh SPNB?

Kerajaan melalui Kementerian Kewangan dan di bawah pengawasan Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 2001 telah melantik SPNB sebagai Agensi Pelaksana projek-projek terbengkalai untuk Projek Pemulihan Perumahan Terbengkalai bertujuan memantau dan memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai di seluruh negara. Pada 7 November 2001, YAB Menteri Kewangan telah meluluskan peruntukan bagi kerja-kerja membaikpulih projek-projek perumahan terbengkalai di seluruh Malaysia. Peruntukan permulaan berjumlah RM300 juta dalam bentuk pinjaman tanpa faedah telah diberikan kepada SPNB pada Januari 2002. Projek-projek yang dibaik pulih oleh SPNB adalah melalui pemantauan dan cadangan daripada Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) serta kelulusan Kementerian Kewangan.


5.1 Apakah syarat-syarat kelayakan bagi mendaftar sebagai panel SPNB?

Setiap syarikat / firma yang ingin mendaftar dengan SPNB mestilah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia / Jabatan / Agensi / Pihak Berkuasa Tempatan / Lembaga yang berkaitan.

5.2 Bagaimana untuk mendaftar sebagai panel SPNB?

Borang Pendaftaran Kontraktor boleh didapati di:

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso,
Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
Tel: 603 - 2618 5555
Faks: 603 - 2681 0170

Borang tersebut juga boleh diperolehi secara online. Selain itu, pemohon boleh menghantar surat permohonan melalui faks ataupun secara pos.